Tuesday, December 15, 2009

Cedera Akibat Bau (Penderaan Jiwa Dan Raga)

Cedera Akibat Bau (Penderaan Jiwa Dan Raga)



gambar diatas hanya sekadar hiasan

Cedera Akibat Bau (Penderaan Jiwa Dan Raga)

Penderaan ini dilakukan oleh kawan satu tempat kerja lama saya. Kawan dan lokasi terpaksa dirahsiakan bagi mengelakkan belakunya pertumpahan darah antara saya dan beliau. Cerita bermula dimana saya dipanggil untuk mengadap beliau.

"Mantis kira-kira stok baju yang kamu keluarkan semalam awak dah siap kira?" kata beliau sambil menghampiri saya. "Siap boss" balas saya dengan yakin". Kerja ditanggung beres" tambah saya lagi. Lalu berliau berkata "ok awak isi dalam... oit! boss!! mau kasi saya cedera ke? getus hati aku. Bau mulut tak perlu saya cakap.. oh! aku merana.. deria bau aku tercedera. hilang selera makan aku macam ni.. "ok saya isi dalam form pastu saya akan letak atas meja boss. Nanti boss cek" kata aku dengan ayat ringkas lalu minggalkan beliau dan terus menuju toilet.. Pekena rokok sebatang tuk hilangkan bau yang melekat di rongga pernafasan aku..

Perkara yang berlaku antara aku dan beliau membuatkan aku termenung didalam toilet. mengapa beliau mendera aku sebegitu?. Ape salah aku?. Selepas beliau mendera aku.. Siapa pula seterusnya mangsa deraan beliau. Aku hisap rokok dalam-dalam. Dunhill kegilaan bagi perokok-perokok tegar sedikit tidak memberikan kepuasan kepadaku. Asap yang kuhembur bersama beban keluhan yang berat. Aku tidak akan membiarkan dia mendera insan-insan yang aku sayang.

Boss! awak kena kena buat sesuatu untuk diri awak demi keselesaan orang lain boss. Awak mungkin mengidap penyakit HALITOSIS (punca mulut berbau) dimana berkaitan rongga mulut (patofisiologi) mengeluarkan bau. Mungkin disebabkan pereputan(putrefaction) sisa makanan yang akan membentu plak sekiranya penjagaan kurang rapi. Boss banyak bercakap, marah orang sana marah orang sini. Mulut Boss akan kering. Apa bila kering. Bau dari mulut boss akan mudah dibawa keluar oleh udara pernafasan boss. Udara yang keluar dari mulut boss la yang menjadi ejen penyebar dia boss. Saya tak perduli ape boss makan. Tapi tolong gosok gigi untuk buang sisa makanan yang melekat kat gigi. Minum air kosong banyak tuk gantikan bendalir dalam badan, dan berkumur dalam had masa yang dibuat tuk diri sendiri.

Disini boss dapat faedah. Boss gosok gigi mulut boss. Mulut boss jadi segar. Minum air kosong banyak boss tak dahaga siap dapat hindar 1001 macam jenis penyakit. Bila banyak minum air kosong boss akan kerap buang air kecil. Toksin dalam badan pun ikut keluar dan lawas buang air besar. Bila kerap buang air kecil.. Dah masuk toilet. Ape la salah boss kumur-kumur tiap kali boss masuk toilet. Boss takkan merana mengidap penyakit berbahaya berpunca dari formula-formula saya boss. Kerana bahan-bahan dan cara yang saya usulkan tidak menglibatkan penggunaan bahan kimia atau bendasing yang akan membantutkan tumbesaran boss. Cuma menggunakan kuantiti air kosong yang banyak dari biasa, gosok gigi dan berkumur. itu sahaja. cukup untuk menyihatkan dan mengembirakan boss dan memberi keselesaan kepada orang lain..

"Mantis.." Tersedar aku bila ada tangan yang menyentuh bahu aku. "atas singki pun awak boleh berangan? atau awak sedang tidur?" tanya beliau kepada aku. hadoi. Kantoi tidur lagi la.

sekian~...

5 comments:

  1. oooooo wa kasi report sama lu punye bos.. he3

    ReplyDelete
  2. repot la.. tu tempat lama. ang pun bukan tau kat mana

    ReplyDelete
  3. kekekekeke mantis wa rse lu g wt novel ler lg bgus.,,,Hahahahha

    ReplyDelete
  4. ke ko ne nk ganti a samad said...agagaga

    ReplyDelete